Wednesday, June 3, 2009

Mulut

“Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.”

“Lajak perahu boleh diundur, lajak kata buruk padahnya.”

“Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.” — Err…pulut boleh menyebabkan santan binasa??? Maaf, kurang tahu. Mungkin kerana kurang ke dapur.=p

-MULUT-

-MULUT-

FIKIR, SEBELUM BERKATA-KATA.

Adakah sesiapa mendapat manfaat kalau aku mengeluarkan kata-kata ini?

Tak pasti, tapi macam ni lagi bagus daripada senyap sunyi tanpa kata-kata kan? Bosan nanti….

LEPAS TU NANTI TERCAKAP BENDA YANG TAK BAIK,TERNGUMPAT. BETUL KE “TER”???

Adakah topik ini sesuai untuk aku bersembang dengan dia? (bersembang/bergurau/bertanya tentang 18SX dengan berlawanan jenis.)

Alah, dia sporting. Masing-masing dah besar, open la sikit….

ANDA MENGAKU BERAGAMA, KE MANA MALU ANDA? DIMANA ‘THIQAH’ ANDA???

Adakah perlu bahasaku seperti bahasa mereka? Kesat dan kasar, kononnya ‘boleh masuk’ dengan semua orang?

Dam*…. What the*** ….Haha mestilah beb , baru namanya ‘gaul’….

NABI TUKAR AYAT DAN CARA PENDEKATAN, TAPI ADAKAH NABI TUKAR ‘AKHLAK’ APABILA BERTEMU DENGAN MANUSIA TERTENTU?

Adakah tiada perkara lain yang aku boleh buat selain bersembang bukan-bukan dengan kawan-kawanku ini?

Sajala nak bersosial, takkan tak boleh…

BERSOSIAL HANYA DENGAN BERSEMBANG????

Adakah perlu aku bergurau ‘sarkastik’ dengan dia?

Alah,dia tau aku ni jenis laser sikit. Aku ni memang cakap lepas. Kalau benda tu betul aku takdenye nak cover-cover…

NABI AJAR MACAM TU???

Adakah dia akan berubah dengan kata-kata ‘tajam’ku?

Faham-faham sendiri la…Baru dia sedar sikit. Kalau tak sampai bila pun dia takkan berubah…

RAKAN DAIE SENDIRI TIDAK SELESA, APATAH LAGI OBJEK DAKWAH???

Sudah elok-elok diam mengawal bicara, diajak pula berbicara yang tidak sepatutnya. Lelaki perempuan sudah tidak dikira, topik terlintas itu yang ditanya. Bergurau sakan lupa agama, mahu nasihat konon-kononnya, orang sekeliling terluka terasa.

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.

Anda ingin bersembang? Mewujudkan suasana selesa diantara rakan-rakan? Ingin mengajak orang untuk melakukan kebaikan? Ingin mendidik orang lain yang mana yang salah dan yang mana yang betul? Menyedarkan orang bahawa perbuatannya salah? Bagus, tetapi…

Fikir dahulu sebelum BERBICARA. Kerana DIAM itu lebih bermakna!

Setinggi mana ilmu agama di dada, takkan mampu menghalalkan ‘perangai dan sikap’ buruk kita. Apa pun alasan untuk berbicara, kalau ia cenderung kepada sia-sia dan dosa, matlamat TETAP TIDAK menghalalkan cara…

“ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN.”

Pepatah Melayu yang sering disalahertikan. Jika diaplikasikan kepada perbualan dan berkata-kata,

“Alang-alang bercakap, biar yang berguna.”

Kalau tidak bermanfaat, malah menyakitkan telinga, simpanlah ia sebagai pekasam di dalam hati. Jangan ditukar menjadi,

“Alang-alang bercakap, biar dia terasa.”

“Alang-alang bercakap, biar terasa selesa dan mesra.

Yang kurang baik ditegur dengan bijaksana, jangan malukannya. Dia juga manusia…

Yang bukan mahram dikawal topik perbualannya, jangan ‘konon-konon’ terbuka dan sudah dewasa. Dewasa juga ada dosa dan pahala…

Pekasam??

Pekasam??

Tiada yang menghalang dari berbicara, tetapi biarlah ianya yang memberi makna. Bercakap bila perlu, diam bila tak tentu. Kerana setiap yang diucapkan akan dipertanggungjawabkan. Setiap yang dipertanggungjawabkan akan diberi ganjaran. Baik manfaat dan akibat dari kata-kata tersebut, baik jugalah ganjaran dan nikmat balasannya. Buruk kesudahan dan akibat dari kata-kata tersebut, buruk jugalah seksaan dan pedih balasannya.

Surah Al-Fajr (89:14)

INNA RABBAKA LABIL MIRSOOD

Sesungguhnya, Tuhanmu benar-benar mengawasi.

[Maksudnya DIA mengawasi segala perilaku hambaNya, tidak ada yang tertinggal sedikit pun dan kemudian DIA membalas mereka berdasarkan amalan mereka.]

Nasihat buat diri dan para pembaca, Wallahua’lam….

P/s: Seruan Amar Maaruf Nahi Mungkar, tegur dengan ‘berhikmah’ bukan bermaksud lembut dan tanpa kekerasan. Ianya harus mengikut sunnah, bijaksana dan ‘berkesan’.

Kepada beberapa orang teman yang disayangi, kealpaan anda amat kami kesali. Teguran umum pun sudah, email peribadi pun sudah. Anda menerima dan mengakui al-quran sunnah, tetapi masih di depan umum tak rasa bersalah. Jagalah hubungan, jangan sampai kami pulaukan.

No comments:

Post a Comment