Wednesday, February 8, 2012



Annual Lunch at Imperial Hotel, Penang

(04-Feb-2012)

Tuesday, February 7, 2012

Tanggal 16 dis 2011 (2338 pm)


Sahabat teristimewaku Masyitah Aminah Muktar,
Salam rindu dan sayang buat sahabat dikala suka dukaku. Pertama sekali Ja nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga diatas sepucuk surat yang betul-betul menyentuh ruang hati ini .Alhamdulillah diri ini sihat walafiat disamping doa-doa orang yang tersayang. Ja harap masytitah pun begitu. Entah macam mana Ja rasa tidak lengkap dan tak adil jika tidak mencoret sendiri untuk membalas coretanmu sahabat. Sungguh bermakna bagi Ja diatas pertemuan yang diatur oleh Yang Maha Berkuasa. Tidak pernah rasa sesal walau sedetik pun mengenali dirimu sahabat. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan diriku sahabat yang terbaik.
So, untuk majlis pertunangan Ja hari tu, usahlah la dirimu rasa bersalah sebab tak dapat menghadirkan diri. Ja faham situasi kita sekarang, masing-masing ada tanggungjawab dan kewajipan yang. Tidak semua perkara yang kita janjikan akan terlaksana dengan sempurna. Tapi, Ja syukur and gembira sangat sebab Masyitah sudi meluangkan masa untuk datang sehari lebih awal bersama sahabat kita yang sorang lagi, Noor Mizah bt Kamaruddin.dapat hadiah plak tu.Terima kasih sahabat. Tak tahu macam mana nak kuceritakan perasaanku pada masa tu, hepi yang teramat sangat sebab ada jugak yang datang memberi semangat dan sokongan. Tidak lupa juga buat Fadhilah dan kakaknya, yang dating pada hari tersebut. Ya Allah sungguh bertuah diri ini mempunyai sahabat sebegini sempurna. Terima kasih Ya allah.
Ya, Ja akui, pertemuan kita di 3 Muslim satu pertemuan yang tidak disangka, yang mana melahirkan satu jalinan persahabatan yang begitu akrab. MasyaAllah, sapa sangka walaupun tidak dari tingkatan satu, akhirnya bertemu jua dengan ketentuan Yang Maha Mengasihi. Tiga tahun sama-sama mengharungi suka, duka, pahit dan getir menghabiskan zaman persekolahan dengan gemilang. Untuk pengetahuan Masyitah, benda yang paling susah nak Ja tempuh masa belajar dulu adalah “asrama’. Homesick kot.. Hanya Allah yang tahu macam mana ja layan semua tu. Ikutkan hati nak saja diriku berulang, tapi masalah kewangan menjadi halangan. Alhamdulillah Ja kuatkan semangat untuk melawan perasaan itu dari menguasai diri disamping sokongan sahabat-sahabat yang senasib yang lain. Sungguhpun payah pada mulanya tapi alhamdulillah, akhirnya usaha selesai. Keputusan SPM seingat Ja, semua geng kita dapat membanggakan ibu dan ayah masing-masing. Terima kasih Ya Allah.
Masyitah, awak nak tahu tak apa lagi yang best Ja dapat rasa bila bersama dengan masyitah. Hmmm bila ngan Masyitah ja rasa diri Ja sedang dilindungi dan dijaga dengan baik. Boleh buat bising sama-sama and macam-macam lagi. Berbunga hati bila diingat kembali gelagat dan telatah semasa dalam kelas. Masyitah yang garang amat digeruni oleh semua. Kecuali “mat zue” yang tak takut. Lagi diusik ada la. Ntah la, satu kepuasan kot bila dapat kacau masyitah.(hehe).
Wataniah berlalu, Matrikulasi pahang pulak menjadi saksi persahabatan kita. Tak tahu masyitah ingat ke tak tragedy “bufday surprise” masa minggu induksi untuk pelajar yang bufday sepanjang induksi berlansung. Ja kena panggil naik atas pentas atas alasan telah buat salah yang besar semasa induksi. Then Masyitah ngan Ja sama-sama nangis sebabb Ja tak tahu apa salah yang Ja dah buat.hmm rupa-rupanya surprise.. siot jer. Pastu yang ja kena panggil baca surah Al-ash, surah paling pendek sekali, tapi ja tak ingat sebabb terlalu berdebar and nervous. Malu pun ada..hahaha. diingat kembali seperti diatur dengan cantik sekali pada mulanya. Tapi kali ini kita diuji, kau terpaksa berhenti belajar kerana sakit. Dan Ja terpaksa dan mesti meneruskan perjalanan walaupun sukar. At first memang Ja tak boleh nak menerima dek kehilangan dirimu. Tapi hari demi hari Ja cuba untuk teruskan jua. Entah macam mana Ja nak bagitahu Masyitah perasaan Ja pada masa tu. Takut berbaur sedih dengan nasib yang menimpa sahabat yang tercinta. Sentiasa Ja doakan Masyitah menjadi seorang yang kuat untuk menghadapi segala ujian yang medatang.(Ja tahu Masyitah Aminah seorang yang kuat). Yela, dulu kan Masyitah kadet polis yang begaya.(hehe).
Ye betul, Ja setuju benar, hidup kita tidak selalu diatas, terkadang kita diuji olehNya tersungkur dibawah. Tapi kita mesti ingat yang kita boleh panjat balik untuk kembali diatas. Pemergian heromu turut merobek hati kecilku. Ku tahu betapa pedih untuk merelakan permergian arwah. Diriku telah laluinya seawall umurku 4 tahun lagi. Tapi sampai sekarang ingatanku masih segar pada arwah. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah pada kedua arwah. Sesungguhnya hanya doa anak yang soleh sentiasa mengalir buat mereka disana. Ja harap masyitah tabah menghadapinya. Ja tahu masyitah wanita yang kuat. Sabar ye sayang. Ya Allah Ya Tuhanku, tempatkanlah kedua bapa kami dikalangan golongan yang beriman dan bertaqwa. Amin.
Ye Masyitah, Ja pun pasti yang Ja takkan lupakan seorang sahabat yang sebegitu sempurna buat Ja untuk selamanya. Walaupun Ja bakal menjadi permaisuri dihati suami tapi sahabat sepertimu tidak akan Ja lupakan. Insyaallah bakal suami Ja izinkan untuk kita berdating.(hehehe).
Masyitah, dikesempatan ini, Ja Menyusun 10 jari memohon kemaafan diatas kekhilafan ja tidak menunaikan janji Ja setiap kali raya menjelang. Bukan sengaja, tapi susah mencari peluang untuk berhibur bersama teman diluar diharap dirimu memahami keadaan familyku yang ramai.. Maafkan Ja sekali lagi. Ja harap suatu hari nanti Ja akan tunaikan janji Ja. Insyaallah.
And then, the most memorable day with u ialah masa sama-sama sesat ke kenduri, ingat tak?? Serius, ja ingat masyitah tahu jalan, rupanya..hmmm.. makan langsat la jawabnya. Tasik kenyir yang tak pernah sampai pon Ja da sampai, hujung jalan kot.. Kelakar pun ada jugak. Dan kalau masyitah nak tahu that night was my first drive at night.jauh plak tu. And ja tak sangka ja boleh. Yela, dengan keadaan awak yang tak larat. Syukur alhamdulillah selamat sampai. (hmm lain kali jangan lupa isi perut tu.. jangan bagi masuk angin..bahaya tau!!)…then Yang pasal laksa penang tu you kena say thank you kat my “mek” I yer.. coz mek yang buat. (hehe).
Hiisshhh ada lagi yang nak jeles kat sini yerr..pasal masak pon nk berkira.. eleh macam die tu xpandai masak. Saja je nk provoke Ja kan???? Hmm sudah la.. I tahu u pon da pandai masak. So, takde apa yang kamu nak jeles dengan saya lagi ok?? Kosong kosong. Lepas ni Masyitah punyer turn plak. (hehe) tak sabar pulak rasanya.(ngeh2). Hari tu kat K.L da rasa laksa penang, lepas ni apa plak yerr???. so sapa-sapa kat laur sana yang ada abang/adik/pak sedara/datuk yang hensem boleh la hantar email ataupun call saya disini..(hihi)..just joking dear!!..
Yes my friend!! I’ll never forget u!! and insyaallah Ja akan sedaya upaya untuk “menjadi isteri yang solehah buat suami , ibu mithali buat zuriat-zuriamut yang bakal mewarisi kecantikan Aunty Mie dia neh =), dan takkan pernah melupakan tanggungjawabku sebagai anak buat Mek kat kampung biarpun syurgaku itu sudah beralih pada yang lain”(petikan dari Masyitah). Terima Kasih sebab tidak lupa mengingatkan Ja tentang semua ini.
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana memberiku kekuatan untuk menaip surat cinta buat sahabat dunia akhiratku. Sekali lagi Ja ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi sahabat Ja yang terbaik. (I love you this…………………………………………….. much!!)
Sambutlah salam sayang dari sahabatmu yang jauh dinegeri darul aman.