Monday, June 1, 2009

Assalamualaikum,,

Malam ni first time aku mencoret dalam blog ni. Selepas menghayati beberapa blog orang-orang yang berpengalaman hatiku terpanggil untuk turut mencoret . Dengan ilmu dan pengalaman yang cetek didada aku gagahkan tanganku untuk menaip kisah hidupku,,Hidupku pada masa dulu pernah senang .Senang yang susah untuk digambarkan,,dipendekkan cerita, apa sahaja yang kami inginkan mesti tertunai oleh bapaku,,sehingga tibalah satu masa apabila orang yang paling kami sayang pergi jauh meninggalkan kami buat selamanya,,"disuatu petang yang agak panas,,bapaku membawaku kepjabatnya seperti kebiasaan,, ak ditinggalkan dek keraninya yang baik,,untuk mealyan kerenahku yang suka bermain dibawah meja..waktu lunch bapaku membawaku keoasar tani untuk membeli barang dapur..hm selesai membeli kami terus balik,,
ibuku memasak lauk kegemaran bapaku,, tanpa kami sedari itu adalah makanan yang terakhir yang akan dijamah ole bapaku,,selapas makan bapaku tidurkan aku dan adik perempuanku didapur,,manakala ibuku tidurkan adik lelaki bongsuku di ruang tamu yang baru berusia 9 bulan,,, tika kami dibuai mimpi,,lamunan ibuku yang sedang menenangkan adiku yang tidak berapa sihat itu terhenti apabila terdengar teriakan kami bertiga secara serentak,, seraya ibuku terus bingkas bangun mengjenguk aku dan adk pompuanku didapur yang selama ini dalam pelukan bapaku,,melihatkan bapaku tiada disisi kami,ibuku membawaku dan adikku ke ruang tamu,,adik-beradikku yang lain masing2 kesekolah menjalani kels tambahan dan latihan kokurikulum yang seperti kebiasaan,,tidak menjadi pelik bagi ibuku dengan kehilangan bapaku,,kerana sudah menjadi kebiasaanya pergi kekebun sebelum asar ataupun selepas asr..namun perasaan ibuku beralih menjadi risau apabila bapaku tidak juga pulang walaupun azan asar sudah lama berkumandang,,biasanya bapaku terus pulang bila masuk asar,,hatiku ibuku ditenangkan dengn kepulangan abang2 and kakak2ku dari sekolah,,hampir magrib bapaku masih belum muncul,,ibu mengambil keputusan untuk pergi mencari.,.ak dibawa bersamanya,,kakiku yang pendek dan kerdil pada masa itu membatas langkah ibuku ..kukuatkan kakiku untuk teruskan perjalanan,,kesabaran seorang ibu dan pada masa yang seorang isteri jelas terpancar diwajah ibuku,,"maafkan ja mek..........."hampir setengah perjalanan kelihatan sekujur badan terbaring ...ibuku mempercepatkan langkahnya,, ternyta itu adalah bapaku,, namun pada waktu itu bapaku sudah tidak bernyawa,,badanya masih panas..ibuku berkta"ja we mung xdop doh.........' ak terus menangis dengan sekuat hati..walaupun umurku pada masa itu baru 4 tahun,, tapi ak memahami,, ya Allah hanya Engkau tahu perasaanku dan ibuku pada waktu tu,,,
kehidupan kami sekeluarga pada masa itu bagai jatuh ditimpa tangga. kami sekeluarga kehilangan nakhoda yang selama ini mengemudi kami menuju destinasi yang pastinya masih jauh,,ditambah pula, bapaku pergi tanpa sempat meninggalkan wasiat,,bapaku yang mempunyai 2 org isteri menjadikan keadaan bertambah rumit,,pemergian bapaku memberi tamparan yang cukup hebat kepada ibuku untuk membesarkan kami seramai 9 org ramainya,,abang longku yang baru berusia 17 thn mengambil keputusan untuk berhenti beljar untuk membantu ibuku ,, pada mulanya ibuku tidak bersetuju,, tetapi pengorbanan seorang abang yang paling tua dalam keluarga tidak mampu untuk ibuku membantah,, kepayahan dan kesusahan hidup kami sekeluarga tidak siapa pedulikan,,pada fikiran mereka kami diitinggalkan dengan harta yang banyak yang tidak akan habis dimakn,,ibuku terpaksa kerja sepanjang masa untuk besarkan kami ,,waktu tidur hanya beberapa jam je,,yang sempat ku kira hanya 3 jam,,walaupun pada waktu itu aku masih kecil,,tapi sudah cukup untuk ingat dah fahami keadaan keluargaku pada waktu itu,,

No comments:

Post a Comment